Jais sentiasa pantau terbitan unsur Syiah

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin
SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melalui Bahagian Kajian dan Penyelidikan (R&D) Akidah, sentiasa memantau sebarang bentuk terbitan yang berunsur Syiah.
Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, buku atau terbitan yang disyaki cuba menyebarkan fahaman Syiah akan dirampas dan kemudian kandungannya dikaji unit R&D Jais.
“Sekiranya didapati mengandungi unsur untuk menyebarkan Syiah, penerbit atau penulis boleh didakwa di bawah Seksyen 7, Doktrin Palsu Jenayah 1995 (Enakmen Jenayah Syariah Selangor), Kesalahan yang berhubung dengan akidah,” katanya.
Di bawah enakmen itu itu, katanya, menggariskan (1) mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam, adalah melakukan suatu kesalahan.
Jelasnya, jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu bertentangan dengan hukum syarak atau mana-mana fatwa yang sedang berkuat kuasa di negeri ini dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 lima atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau sebatan melebihi enam kali atau mana-mana kombinasi hukuman itu.
Beliau berkata, mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau benda yang digunakan dalam perlakuan kesalahan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) dilucut hak dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun disabitkan.
Bersandarkan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 mengenai fatwa fahaman Syiah di Selangor telah diwartakan pada 24 September 1998 menggariskan bahawa fahaman atau ajaran Syiah adalah bercanggah dan penyeleweng daripada pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.
0 komentar:
Posting Komentar