Bekas presiden naib presiden MCA tak dicalonkan

. Jumat, 28 Februari 2014
0 komentar

Malaysiakini 15 April 2013
MCA tidak menurunkan dua personaliti penting partinya - bekas presiden Ong Tee Keat dan Naib Presiden Gan Ping Sieu - dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Naib Presiden Dr Ng Yen Yen juga mengesahkan beliau turut tidak diturunkan.

Keputusan menggugurkan Ong dan Gan ini dimaklumkan oleh pegawai di ibu pejabatnya hari ini kepada akhbar Cina yang sedang menyediakan edisi petang akhbar masing-masing.
Perkara tersebut telah disahkan berdasarkan senarai calon yang telah dikeluarkan oleh ibu pejabat parti itu lewat petang ini.
MCA dimaklumkan tentang pilihan Presiden BN Datuk Seri Najib Razak itu pagi ini.

Dalam perkembangan lain, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek mengesahkan parti itu akan bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi negeri.

Ini bermaksud MCA kini kurang tiga kerusi berbanding 2008. Tiga kerusi itu adalah Gelang Patah, Kuantan dan Wangsu Maju.
Read More..

Polis Nafi Tak Ikut SOP Tembak Penjenayah

. Kamis, 27 Februari 2014
0 komentar


KUALA LUMPUR – Polis pada Jumaat menafikan dakwaan mereka tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan melepaskan tembakan sewenang-wenangnya ketika berdepan penjenayah.

Sebaliknya kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah, mereka perlu mematuhi SOP yang ketat terutama berkaitan penggunaan senjata api.

“Akan tetapi jika penjenayah melepaskan tembakan ke arah polis, takkan polis nak tunggu sahaja, mestilah polis pertahankan diri dengan bertindak menembak penjenayah,” katanya dalam sidang media, di sini.

Sebuah portal berita melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu taklimat keselamatan tertutup bersama pemimpin masyarakat Sabtu lepas, dikatakan memberi gambaran bahawa lebih baik menembak suspek terlebih dahulu sebelum siasatan.

Mengulas lanjut, Hadi berkata sejak berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia 40 tahun lepas, beliau tidak pernah menerima arahan atau mendengar ada arahan “tembak dahulu, soal kemudian”.

Beliau juga berkata jika seseorang anggota polis itu didapati bersalah melanggar SOP, dia akan dituduh di mahkamah.

“Kami sering memberi amaran kepada penjenayah sebelum bertindak menembak, namun kedegilan penjenayah tidak akur arahan dan bertindak ganas terhadap polis menyebabkan insiden tembakan berlaku,” katanya.

Terdahulu, dalam sidang media bersama Presiden Persatuan Malaysia Hindu Sangam, Datuk R. S. Mohan Shan, beliau berkata polis akan bekerjasama dengan persatuan itu bagi menangani masalah jenayah dalam kalangan generasi muda India, termasuk mengadakan cerama di kuil-kuil.

Hadi sebelum itu bertemu dengan Mohan Shan bagi membincangkan langkah mengekang masalah jenayah membabitkan remaja India di negara ini. – BERNAMA
Read More..

Hasil karya lukisan dari berbagai seniman Part VII

. Rabu, 26 Februari 2014
0 komentar
Kiron Khosla












Guo Jin












Jeremy Enecio










Jeffrey Larson
















Julie Comnick










Jeremy Lipking








John Burge










Jenny Saville










John Jacobsmeyer










Jennifer Balkan










Joselito Sabogal








Steve Smulka










Catherine Brooks










Stefan Caltia










Anne Marie Kornachuk






Mark Thompson Eraring








Alex Kanevsky










Jennifer Anderson








Angela Fraleigh








Read More..