Petisyen PRU13 Pakatan Rakyat 39 BN 21

. Senin, 17 Maret 2014
0 komentar

Harakahdaily, 13 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang tempohnya berakhir semalam, menyaksikan sejumlah 60 petisyen difailkan sekaligus menjadi jumlah paling banyak dalam sejarah petisyen pilihan raya di negara ini.

Apa yang menarik, tindakan memfaikan petisyen yang biasanya hanya sinonim dengan pihak pembangkang, kali ini juga turut dikemukakan oleh BN.

Daripada jumlah keseluruhan 60 petisyen itu, 39 dikemukakan oleh Pakatan Rakyat manakala 21 lagi oleh BN.

Bagi Pakatan Rakyat, 39 petisyen tersebut adalah membabitkan 25 kerusi parlimen manakala 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Bagi BN pula, 21 kawasan yang terlibat adalah masing-masing enam parlimen dan 15 Dun.

Di Kedah, kawasan parlimen yang terbabit dengan petisyen adalah Merbok dan Kulim Bandar Baru yang dikemukakan oleh PKR, manakala tiada bagi kerusi Dun.

Di Kelantan perlimen terlibat adalah Ketereh yang dikemukakan oleh PAS, Machang (PKR), Bachok (BN), manakala bagi Dun pula, Kok Lanas (PAS), Selinsing (PAS), Ayer Lanas (PAS), Jelawat (BN), Mengkebang (BN), Gaal (BN) dan Manek Urai (BN).

Di Terengganu, tiada kerusi parlimen terlibat petisyen, tetapi kerusi Dun adalah Hulu Besut (PAS), Kuala Berang (PAS), Rantau Abang (BN) dan Teluk Pasu (BN).

Di Pahang juga tiada petisyen terlibat bagi kerusi parlimen, namun hanya satu bagi kerusi Dun iaitu Dun Cameron Highlands (DAP).

Bagi Pulau Pinang pula, parlimen terlibat adalah Balik Pulau (PKR) dan tiada petisyen bagi kerusi Dun.

Di Perak, parlimen terlibat adalah Tapah dan dua petisyen bagi Bagan Datok yang dikemukakan PKR, manakala bagi kerusi Dun adalah Selama, Rungkup, Manong, Pasir Panjang, Manjoi dan Lubok Merbau yang kesemuanya dikemukakan oleh PAS.

Bagi negeri Selangor, tiga kawasan parlimen terlibat iaitu Sabak Bernam (PKR), Sungai Besar (PAS), Kuala Selangor (PAS) manakala tiada petisyen bagi kawasan Dun.

Bagi Kuala Lumpur, parlimen terlibat adalah Setiawangsa (PKR), Titiwangsa (PAS), Lembah Pantai (BN) dan Parlimen Batu (BN).

Di Melaka, tiada petisyen yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat, manakala BN memfailkan dua petisyen iaitu bagi kerusi Parlimen Bukit Katil dan Dun Bukit Baru.

Bagi negeri Johor, parlimen terlibat adalah Pulai (PAS), Segamat (PKR), Ledang (PKR), Muar (PKR), Tebrau (PKR), Pasir Gudang (PKR), Labis (DAP), Batu Pahat (BN) manakala bagi Dun adalah Gambir (PAS), Mahkota (PAS), Nusajaya (PAS), Penggaram (BN), Parit Yani (BN), Stulang (BN) dan Puteri Wangsa (BN).

Di Sabah, parlimen terlibat adalah Kota Marudu (PKR), Beaufort (PKR) dan Pensiangan (PKR), manakala bagi Sarawak adalah parlimen Baram (PKR) dan Sarikei (BN).

Menurut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, jika terdapat mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan pilihan raya umum lalu, mereka boleh mengemukakan petisyen pilihan raya kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) pula memperuntuk tiap-tiap petisyen pilihan raya hendaklah dikemukakan dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan dan penyata pengundian disiarkan dalam warta.

Tempoh 21 hari itu dianggap bermula pada 23 Mei lalu dan berakhir semalam.
Read More..

Mahfuz cadang saman AES ditukar kepada ST1M

. Minggu, 16 Maret 2014
0 komentar

Harakahdaily

Abdul Aziz Mustafa, 05 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya saman kenderaan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dinamakan Saman Rakyat 1Malaysia (ST1M).

Beliau juga meminta rakyat supaya memahami bahawa AES hakikatnya direka untuk memberi manfaat kepada MCA yang menjadi kroni Umno di dalam Barisan Nasional (BN).

"AES direka khusus untuk berdasarkan konsep kongsitium yang diamalkan di dalam BN- lu tolong gua, gua tolong lu.

"Itu perkara asas yang mesti difahami oleh semua rakyat," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, isunya bukan saja ketelusan sistem tender AES, tetapi yang pertama sekali yang mesti dipersoalkan adalah model perniagaannya.

"Mengapa sistem penguatkuasaan kerajaan boleh diswastakan?

"Dalam kata lain, bagaimana saman pun boleh diswastakan?" Mahfuz memnpersoalkan.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku di sebalik AES yang direka khusus berdasarkan konsep lu tolong gua, gua tolong lu BN itu sebagai perkara baru .

"Saya diberitahu bahawa ini perkara baru dalam ilmu pentadbiran dunia yang tidak diajar dalam mana-mana universiti terulung dunia," katanya.

Menurut Mahfuz, ilmu ini hanya terdapat dalam kurikulum subjek kronisme dalam universiti Umno BN di mana MCA ternyata semakin menjadi tukang kutip untung di dalam BN.

"Tahniah Umno," sindir beliau.

Memandangkan AES dibuat bertujuan utk memeras rakyat, sebab itulah Mahfuz mencadangkan agar nama sistem itu digantikan dengan ST1M.

Baginya, cara terbaik untuk menghentikan penindasan ST1M ialah membuang Umno BN dari tampuk pemerintahan.

"Ini kerana merekalah yang merosakkan negara dengan rasuah dan tamak haloba mereka hingga ST1M pun boleh ada," katanya.

Syarikat berkaitan MCA sebelum ini dilaporkan telah mendapat kontrak saman pengangkutan AES.

Syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Menurut portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula, 831 tempat yang disebut sebagai kawasan blackspot telah disenaraikan sebagai lokasi pemasangan kamera AES di seluruh negara.
Read More..

Bakal Pengantin Maut Selepas Jawab Telefon Guna iPhone5

. Sabtu, 15 Maret 2014
0 komentar
ma ailun

China – Apple melancarkan siasatan selepas seorang wanita yang juga bekas pramugari China Southern Airlines, Ma Ailun, meninggal dunia akibat renjatan elektrik ketika menjawab panggilan dengan menggunakan iPhone 5.
Ailun rebah ke lantai sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon.
Ketika itu iPhone 5 tersebut sedang dicaj di rumahnya, Khamis lalu.
Dia yang berusia 23 tahun dan bakal berkahwin pada 8 Ogos ini, dikejarkan ke hospital di Xinjiang, namun doktor gagal menyelamatkannya.
Menurut anggota keluarganya, Ailun membeli iPhone 5 itu daripada kedai Apple pada bulan Disember lalu.
Mereka sekeluarga telah menyerahkan telefon pintar itu dan aksesorinya kepada pihak berkuasa.
Sementara itu, jurucakap Apple memaklumkan bahawa pihaknya berasa sedih dengan insiden yang menimpa Ailun.
“Kami akan menjalankan siasatan penuh dan dalam masa sama memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa,’’ katanya.
Insiden malang yang menimpa Ailun itu mendapat perhatian banyak pihak di China malah orang ramai menulis dalam media sosial Weibo menggesa supaya pengguna iPhone tidak menjawab panggilan telefon ketika telefon itu sedang dicaj.
Read More..

RCI Lelaki Pakistan dakwa diancam bila cuba mengundi

. Jumat, 14 Maret 2014
0 komentar

Malaysiakini  Jul 1 2013 
Seorang lelaki Pakistan yang berhijrah ke Sabah dan memiliki kad pengenalan bewarna biru dengan cara yang diragui berkata, beliau telah diancam oleh penduduk tempatan apabila cuba untuk mengundi dalam satu pilihan raya.

Abdullah Mahmod, 55, yang tiba di Sabah dari Kuala Lumpur bersama bapa saudaranya ketika berusia 10 tahun berkata, beliau mendapat kad pengenalan biru itu tanpa memerlukan sebarang dokumen yang dikehendaki.

"Apabila Harris Salleh menjadi ketua menteri, saya pergi ke Kota Kinabalu untuk memohon kad pengenalan dan mereka (Jabatan Pendaftaran Negara) meminta saya berikan gambar saya.

"Saya beritahu mereka, saya buta huruf supaya mereka boleh isikan borang untuk saya. Selepas itu, saya mendapat kad pengenalan biru," kata Abdullah dalam inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah hari ini.

Selain itu, Abdullah juga berkata, kad pengenalannya juga menunjukkan bangsanya ialah Melayu.
Read More..

Penagih Suntikan Virus HIV kepada Anak Kekasih Gelap Isterinya

. Kamis, 13 Maret 2014
0 komentar


Pecandu Suntikan Virus HIV ke Anak Pacar Gelap Istrinya
google
gambar hiasan
 
TRIBUNNEWS.COM - Seorang penagih dadah    dihukum 12 tahun penjara kerana menyuntikan virus HIV, kepada seorang gadis di wilayah otonomi Guangxi Zhuang, Cina Selatan.
Seperti dikutip dari the Jakartapost, Rabu (16/5/2012), Xie Long, melakukan aksinya akibat  amarah kepada ayah dari gadis itu yang ia percaya memiliki hubungan gelap dengan isterinya.

Xie, diketahui telah beberapa kali mengancam akan membunuh ayah dari gadis itu yang bernama Luo, melalui sambungan telepon.
Hingga suatu waktu, ketika mengetahui puterinya pergi ke sekolah bersama dengan putri Luo, Xie, meminta seorang temannya sesama penagih yang telah divonis mengidap Aids, Chen untuk memberikan sampel darahnya.

Kemudian, ia menyambangi sekolah puterinya, dan menemui puteri Luo, di kelasnya. Ia meminta gadis itu keluar kelas, dan menyuntikan sampel darah ber-HIV ke lengannya.
Gadis itu kemudian dikonfirmasi oleh pusat penyakit tempatan telah terinfeksi HIV. Xie kemudian ditangkap dan disabitkan rencana pembunuhan. (thejakartapost)
Read More..

Lima Ide Ritual Romantis Valentine

. Rabu, 12 Maret 2014
0 komentar

HARI Valentine yang jatuh setiap tanggal 14 Februari tidak lama lagi tiba. Rayakan hangatnya kasih sayang dengan melakukan sejumlah ritual romantis bersama pasangan. Simak sejumlah ide romantis berikut ini untuk menjaga nyala gairah antara Anda dan suami tercinta:

1. Liburan eksotis
Tidak ada salahnya sesekali berfantasi. Bebaskan imajinasi dengan membayangkan Anda dan suami sedang melakukan sebuah perjalanan liburan romantis ke tempat-tempat eksotis di Eropa. Sementara Anda dan suami sedang menyesap kopi sambil berbagai koran Minggu, buka rubrik perjalanan dan bacakan artikel yang berisi deskripsi lokasi-lokasi romantis seperti kota-kota tua, pedesaan yang hijau, dan keindahan matahari terbenam di sebuah pulau. Setelah itu, mulailah merencanakan liburan yang sebenarnya.

2. Kencan seru
Daripada merencanakan malam sempurna yang akan menyenangkan hati Anda berdua, lebih baik bikin kesepakatan bahwa Anda akan melakukan apapun yang diingingkan suami dalam satu malam, asalnya dirinya berjanji akan melakukan hal yang sama untuk Anda pada malam selanjutnya. Siapa tahu suami akhirnya mengajak mendatangi kafe mungil yang selama ini ingin Anda kunjungi. Malam berikutnya, Anda bisa bergelung nyaman dalam pelukannya sambil menonton DVD kesayangan.

3. Sarapan di tempat tidur
Manjakan suami dengan membuatkannya sarapan lezat di pagi hari. Akan tetapi, kali ini bawakan nampan berisi makanan tersebut ke atas tempat tidur. Biarkan dia terjaga dari tidur karena menghidu aroma kopi kental kesukaannya. Isi acara sarapan di pagi yang cerah itu dengan saling menyuapkan makanan agar lebih romantis.

4. Pijatan seksi
Saat tengah hari, kirim SMS ke suami berisi ajakan kencan malam nanti. Ketika dia tiba di rumah, redupkan lampu, nyalakan lilin, lalu putar musik lembut favorit. Bantu suami menanggalkan pakaian, setelah itu minta ia berbaring menelungkup di sofa atau tempat tidur. Kemudian, gosok punggungnya dengan massage oil. Pilih minyak beraroma tanah seperti pinus atau kayu putih, sebab lelaki umumnya menyukai wewangian tersebut.

5. Mandi bersama
Di pagi hari saat suami masih terlelap, angkat tubuh Anda dari tempat tidur menuju kamar mandi. Setelah itu, isi bath tub dengan air, nyalakan sejumlah lilin untuk memberikan atmosfer romantis, dan putar lagu-lagu romantis untuk membuat tubuh relaks. Setelah siap semua, bangunkan suami dengan kecupan lembut lalu pikat dia untuk bangun dan melangkahkan kaki ke kamar mandi. Gunakan scrub beraroma manis untuk menggosok tubuh masing-masing selama berendam.

sumber: http://klepeut.blogspot.com/2010/02/lima-ide-ritual-romantis-valentine.html
Read More..

Hati hati dengan panggilan SCAM dari nombor TM

. Selasa, 11 Maret 2014
0 komentar

Kami menerima satu email yang meminta kami berkongsi berkenaan penipuan (scam) yang menggunakan nombor telefon TM yang biasa kita gunakan atau tahu iaitu “100″ untuk mendapatkan maklumat peribadi anda biarpun anda pengguna UniFi, Streamyx ataupun tidak. Apapun nombor tersebut bukanlah “100″ tetapi “*1000″. Selepas panggilan diangkat, suara operator (suara robot) akan meminta anda untuk menekan butang 9 dan selepas itu ada yang akan melayani anda persis para operator TM.
Pengirim meminta namanya dirahsiakan jadi kami paparkan sahaja email tersebut.
i’ve lodge a police report regarding this matter. On 7 sept 2012, at 0952am.. My aunt received a call from +100 stating that she has outstanding UNIFI balance; RM3000.. the balance are on machine voice, and there’s a function “press 9 to talk with operator”.. my aunt press 9 and answered by a chinese man. he asked for full name, and IC number for reference, and told that she has RM3000 unpaid unifi balance for 3 month of nonpayment. we gone to TM Cheras to check, and shockingly, there’s no balance, or UNIFI request at all, means that she’s never make UNIFI request. plus she are using STREAMYX rather than UNIFI.. upon hearing the shocking news, we’ve gone to SUNGAI BESI POLICE STATION to make report, because her details including FULLNAME and IC NUMBER are already given to the chinese man.
Report and Picture evidence that the call made by +100 are attached. hopefully you can take action on such a scam, because as far as we know +100 belong to TM NET..
Di atas ini adalah email asal yang dihantar kepada pihak TM untuk tindakan selanjutnya di mana telah di’forward kepada pihak kami untuk perkongsian kepada semua pembaca OH! Tidak. Sila alert tentang perkara ini. Kongsikan kepada keluarga dan insan yang anda sayangi agar mereka tidak menjadi mangsa sindiket penipuan yang pastinya mempunyai satu perancangan lain yang amat terancang.
Selain gambar yang kami paparkan di awal artikel ini, berikut adalah laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa;
ohtidak-TM-scam-police-report

Sumber - OhTidak
Read More..

Pemburuan Suspek Ambank Akhirnya Tamat

. Senin, 10 Maret 2014
0 komentar

PEMBURUAN suspek kes rompakan dan bunuh Ambank di USJ Sentral, Subang Jaya berakhir selepas ia memakan masa hampir tiga minggu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah  Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah mengesahkan penahanan berkenaan hari ini pada pukul 7 pagi tadi di Kampung Belungkor di Kota Tinggi, Johor.

“Pasukan khas Ops Cantas berjaya mengesan dan menjejaki suspek sehingga ke Johor.

“Operasi memburu suspek yang sudah hampir memasuki tiga minggu akhirnya berjaya,” katanya menurut laporan The Star Online.

Hadi berkata siasatan kini memberi tumpuan kepada tujuan suspek berada di kampung itu sama ada untuk bersembunyi ataupun melarikan diri ke Indonesia.

Ia berikutan lokasi suspek ditahan dan Terminal Feri Tanjung Belungkor adalah dekat dan ia menyediakan perkhidmatan feri ke Indonesia ke Pulau Bintan dan ke Batam.



“Kita berterima kasih kepada kerjasama orang ramai yang memberikan maklumat penting kepada pihak polis, suspek utama kes tembakan dan rompakan di Ambank telah pun ditahan,” katanya.

Pada 23 Oktober lepas, Pegawai Operasi Ambank Allahyarham Norazita Abu Talib ditembak oleh seorang pengawal keselamatan bank itu dengan senjata ‘pump gun’ ketika beliau dan rakannya membuka bilik kebal bank itu.

Pengawal keselamatan berkenaan kemudian melarikan diri dengan wang RM450,000 dengan motosikal.
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memuji tindakan polis yang berjaya menahan suspek melalui tweet beliau pagi tadi.
Read More..

Orang tua jual anak kerana menangis tak berhenti

. Sabtu, 08 Maret 2014
0 komentar
 15 Nov 2013 

 
 
Orang tua Brazil nekat menjual anaknya melalui Internet dengan harga 260 pounds. Alasannya bayi itu sering menangis dan tidak boleh membuat mereka tidur nyenyak .
Surat khabar the Daily Mail melaporkan, pada Jumaat 15 November, polis  Brazil sedang menyiasat iklan penjualan bayi itu diunggah pada Selasa di laman OLX.

Iklan itu juga mempamerkan foto si bayi baru beberapa bulan dengan baju biru. "Dia selalu menangis kuat dan kami tidak dapat tidur nyenyak padahal kami terpaksa bekerja untuk hidup," kata orang tua si bayi menuliskan keterangan berkenaan  anaknya.

Pemilik akaun tidak menyebutkan lelaki atau perempuan hanya mencantumkan nombor telepon diketahui berasal dari wilayah Negara Bahagian Goias. Iklan ini sudah aktif 12 jam setelah perusahaan OLX menyedari isi iklan mereka langsung melabelkan iklan aneh.

Polis  bahagian perlindungan kanak-kanak Marcela Orcai mengatakan mereka sedang mencari  orang yang mengunggah iklan penjualan bayi itu. "Kami mencuba mencari posisi mereka. Kami yakin mereka tinggal di lingkungan Campos Eliseos namun alamatnya tidak ada dan nombor telepon tidak dapat dihubungi," ujar Orcai.

Dia menambahkan lagi jika memang terbukti orang tua bayi itu menjual anak mereka  sendiri, mereka bakal ditahan dan dijatuhi hukuman di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak dan pengasuhan Brazil. Mereka boleh dipenjara dua tahun.

Namun jika mereka tidak ada kaitannya dengan bayi itu hukuman bertambah setahun. Peguam kes digital Rafael Maciel mengatakan gambar diunggah tidak mendapat sensor sama sekali. Orang yang memasukkannya ke dalam Internet harus dikenakan hukuman setimpal sebab media elektronik itu bukan hal untuk main-main.

The disturbing advert for the newborn baby posted on OLX was live on the site for 12 hours
The disturbing advert for the newborn baby posted on OLX was live on the site for 12 hours

 dailymail
Read More..

Jalan Termiring Di Dunia

. Jumat, 07 Maret 2014
0 komentar
Baldwin Street, Jalan Termiring di Dunia, dengan kemiringan 45 derajat




 



sumber
Read More..

Terengganu Pantau Pelajar Jual Baucer Buku

. Kamis, 06 Maret 2014
0 komentar
Terengganu Pantau Pelajar Jual Baucer Buku


KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri akan memantau kegiatan pelajar institusi pengajian tinggi menjual Baucer Buku 1Malaysia (BB1M).
“Kita ada terima aduan di mana terdapat pelajar yang menjual baucer ini dengan harga antara RM140 hingga RM150 kepada pihak tidak bertanggungjawab tahun lalu, namun gagal mengesan mereka,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Beliau berkata pemantauan akan dilakukan secara menyeluruh tahun ini termasuk mengesan mereka yang mengiklankan baucer berkenaan di laman sosial.
Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian BB1M kepada 393 pelajar Politeknik Kuala Terengganu di sini, Isnin.
Turut hadir Pengarah Politeknik Kuala Terengganu, Radiah Che Su, Timbalan Pengarah Akademik, Abdul Nasir Ali dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Suzana Mohd Ali.
Ahmad Razif mengingatkan pemilik kedai buku agar tidak bersubahat dengan pelajar membeli baucer berkenaan dengan harga lebih rendah.
“Saya harap mereka tidak memberi layanan kepada mana-mana pelajar yang mahu menjual baucer ini bagi memastikan baucer BB1M yang diberikan kerajaan dapat digunakan dengan cara yang betul,” katanya.
Beliau juga mengingatkan pelajar agar tidak menggunakan baucer untuk membeli novel picisan. -BERNAMA
Read More..

Shahiezy Sam tunggu pinangan!

. Rabu, 05 Maret 2014
0 komentar
Shaheizy Sam. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

Sam bersama barisan pelakon Kisah Paling Gengster. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI


Sam dipilih sebagai duta mempromosikan Peraduan Fuelled By Fans Powered By Primax. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI


Lazimnya, wanita menunggu pinangan, namun berbeza pula dengan aktor popular, Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abd Samad, 31, mengakui menunggu pinangan daripada kaum Hawa itu.

“Saya masih menunggu calon wanita yang sesuai untuk meminang saya!,” katanya sambil berseloroh.

"Setakat ini, saya tidak mempunyai sesiapa. Walaupun berkawan dengan ramai orang. Saya bukan seorang yang memilih. Tetapi belum jumpa wanita yang tepat, sebab saya sendiri tidak mencari. Saya seorang yang menunggu!,” katanya yang tidak terlalu memikirkan kesempurnaan seseorang wanita, cukup sekadar comel dan memiliki ciri-ciri kewanitaan.

Menurutnya, sekiranya dia berjumpa dengan seorang wanita yang sederhana dan berjaya menyentuh hatinya, dia akan segera memberitahu kepada rakan media berhubung kisah cintanya walaupun mungkin sesetengah orang berpendapat dia seorang perahsia.

Sam berkata, walaupun dia seorang yang hidup dalam dunia sendiri tapi itu tak bermakna tidak mahu berkongsi cerita dengan sesiapa lebih-lebih lagi peminatnya.

"Sebenarnya apa yang menghantui saya, saya rasa, saya ni seorang yang sangat membosankan!,” katanya yang enggan mengulas mengenai hubungan mesranya dengan aktres Fazura seperti yang digemburkan sebelum ini.

Baginya,  dia sering kali dikaitkan dengan hubungan cinta bersama aktres wanita, namun perkara itu tidak benar kerana hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang kawan.


Janji Sam buat peminat

Lupakan berkenaan kisah peribadinya, adik kepada aktres jelita, Zizie Ezete ini tetap optimis mengembangkan karier seninya.

Pernah merangkul gelaran Bintang Paling Popular menerusi Anugerah Bintang Popular (ABP), sebanyak dua kali, Sam kembali melakar kejayaan sendiri bila tercalon sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem (SAM) menerusi Anugerah Skrin 2013 yang bakal berlangsung pada 27 November ini.  

Tidak pernah meletakan harapan tinggi bagi setiap pencalonan yang diterima, Sam berkata, dia akan terus berusaha keras memberikan yang terbaik pada masa akan datang sekali gus mahu meninggalkan kesan melalui lakonannya.

Katanya, minatnya yang mendalam terhadap bidang seni, membuatkan dia sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik daripada apa yang dilakukannya sebelum ini.

“Sekarang, saya mahu tingkatkan lagi kebolehan lakonan dengan watak yang meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Melalui cara itu, mungkin pada masa akan datang, orang akan membuat penilaian terhadap lakonan saya dan apa yang saya berikan kepada masyarakat.

“Saya sangat idam watak filem sejarah seperti Leftanen Adnan di mana untuk saya terokai suasana dan menjiwai watak orang-orang yang berkaitan dengan watak penting yang berperanan dalam filem tersebut.

“Bagi saya ia sesuatu yang penting untuk dinilai, apatah lagi membabitkan kepentingan sesebuah negara, masyarakat dan rakyatnya,” katanya yang bakal muncul dengan filem terbarunya, Kisah Paling Gengster, November ini.


Lancar single baharu

Selain lakonan, Sam yang pernah menubuhkan band sendiri, M.O.B, di awal kemunculannya dulu, kini tetap meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian.  

Menurut Sam, dia kini sibuk dengan rakaman single pertamanya yang ditaja oleh Nescafe. Turut berduet dengan Liyana Jasmay, projek #NescafeOnSam itu akan dilancarkan pada pertengahan November ini.

Sam berkata, dengan munculnya single tersebut, dia berharap peluangnya untuk bergelar penyanyi akan terus bersinar.  

"Memang rezeki saya lebih menyerlah dalam lakonan, tetapi minat saya dalam nyanyian tak pernah padam.

"Disebabkan terlalu banyak tawaran lakonan, saya terpaksa tangguhkan minat dalam nyanyian. Tapi sekiranya ada peluang, saya akan cuba dengan sebaik mungkin untuk memenuhinya," katanya.

Dalam pada itu, Sam memberitahu, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem ‘Adnan Sempit Sawadeekap’ di Bangkok.

“Saya bersyukur kerana Adnan Sempit punya pengikutnya sendiri. Dan sejujurnya saya sangat teruja dengan sekuel terbaru filem ini.

"Bukan saja memaparkan jalan cerita yang lebih menarik, ia turut menampilkan lebih banyak aksi yang mana saya sendiri melakukannya," katanya.


Duta Peraduan Fuelled By Fans

Seiring popularitinya, anak emas Metrowealth International Group (MIG) ini turut dilamar menjadi duta untuk beberapa syarikat serta produk terkenal.

Terbaru, Sam dipilih sebagai duta untuk mempromosikan Peraduan Fuelled By Fans Powered By Primax yang dianjurkan oleh Petronas.

“Saya rasa inilah masanya untuk saya bersama peminat, sekali gus mereka dapat memenangi wang tunai dan mengharungi cabaran sebenar pemanduan bersama saya di satu destinasi yang ditetapkan bersama Kad Mesra yang telah siap diisi dengan minyak Primax dan juga telefon pintar bersama plan data tanpa mempunyai wang dan telefon bimbit.

“Kami akan bermula dari stesen Petronas Solaris, Serdang dan berakhir di stesen Petronas Kulim, Kedah,” katanya yang tidak sabar menimba pengalaman pemanduan yang jauh bersama peminatnya.

Peraduan yang akan berakhir pada 24 November ini akan mengumpulkan lima kumpulan yang mana setiap kumpulan perlu membantu setiap selebriti dengan menggunakan platform sosial media untuk menang dalam perlumbaan ini.

Antara selebriti lain yang turut sama bertanding dalam peraduan ini termasuklah  Maya Karin, DJ Yoon, pelakon dari Hong Kong iaitu Him Law dan selebriti popular dari Taiwan iaitu Bii.

Mengulas mengenai kontraknya bersama MIG, Sam yang merupakan antara artis yang paling lama bertahan di produksi itu berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan produksi milik Mejar (K) David Teo itu.

“Saya tidak pernah melihat kandungan kontrak MIG sebagai satu masalah besar. Dan saya sangat jelas bahawa jangan sesekali bawa masalah peribadi ketika bekerja.

"Jadi saya tidak ada masalah untuk terus bersama Metrowealth,” katanya.
Read More..

Jais sentiasa pantau terbitan unsur Syiah

. Selasa, 04 Maret 2014
0 komentar
Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melalui Bahagian Kajian dan Penyelidikan (R&D) Akidah, sentiasa memantau sebarang bentuk terbitan yang berunsur Syiah.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, buku atau terbitan yang disyaki cuba menyebarkan fahaman Syiah akan dirampas dan kemudian kandungannya dikaji unit R&D Jais.

“Sekiranya didapati mengandungi unsur untuk menyebarkan Syiah, penerbit atau penulis boleh didakwa di bawah Seksyen 7, Doktrin Palsu Jenayah 1995 (Enakmen Jenayah Syariah Selangor), Kesalahan yang berhubung dengan akidah,” katanya.

Di bawah enakmen itu itu, katanya, menggariskan (1) mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam, adalah melakukan suatu kesalahan.

Jelasnya,  jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu bertentangan dengan hukum syarak atau mana-mana fatwa yang sedang berkuat kuasa di negeri ini dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 lima atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau sebatan melebihi enam kali atau mana-mana kombinasi hukuman itu.

Beliau berkata, mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau benda yang digunakan dalam perlakuan kesalahan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) dilucut hak dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun disabitkan.

Bersandarkan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 mengenai fatwa fahaman Syiah di Selangor telah diwartakan pada 24 September 1998 menggariskan bahawa fahaman atau ajaran Syiah adalah bercanggah dan penyeleweng daripada pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.
Read More..

Manfaat ASI

. Senin, 03 Maret 2014
0 komentar
Para ibu sekarang ini sangat peduli terhadap pemberian ASI kepada bayi-bayi mereka . Sebisa mungkin meningkatkan ASI untuk tetap dapat mencukupi kebutuhan ASI eksklusif. Karena ASI memiliki banyak manfaat untuk perkembangan bayi. Berikut manfaat dari ASI:
1.       Meningkatkan sistem imun dan pertahanan tubuh terhadap infeksi
2.       Sistem imun bayi belum sepenuhnya berkembang hingga usia 2 tahun. Air Susu Ibu (ASI) mengandung sel darah putih yang lebih dari cukup yang disalurkan kepada anak, yang dapat melawan infeksi virus, bakteri, dan parasit di usus.
3.       ASI mengandung faktor-faktor yang meningkatkan respon imun pada imunisasi polio, tetanus, dipteri, dan influenza.
4.       Pemberian ASI mengurangi terjadinya beberapa penyakit dari infeksi yang parah termasuk infeksi sistem saluran pernafasan, infeksi telinga, bakteri meningitis, penumonia, infeksi saluran urin, dan sangat meminimalkan terjadinya diare pada anak-anak.
5.       Bayi yang disusui memiliki risiko yang lebih rendah terhadap sindrome kematian bayi mendadak.
6.       Perlindungan terhadap penyakit kronis
7.       Menyusui secara ekslusif selama 4 bulan minimalnya dapat menurunkan risiko diabetes tipe 1 (diabetes mellitus yang tergantung insulin) pada anak-anak dengan riwayat keluarga dengan diabetes, dan dapat menurunkan risiko munculnya diabetes tipe 2 di kemudian hari.
8.       Anak-anak yang disusui sebagian besar memiliki risiko yang minim dari beberapa bentuk kanker yang menyerang anak-anak, seperti penyakit Hodgkin dan leukimia.

Begitu banyak manfaat bukan. (Mew)
Read More..

Ibu Ketua Hakim Negara Meninggal Dunia

. Minggu, 02 Maret 2014
0 komentar

PUTRAJAYA – Ibu ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria meninggal dunia di kediaman rasmi Arifin di Presint 16 di sini pagi ini.

Wan Zainab Wan Yusoff, 84, meninggal dunia akibat sakit tua dan kematiannya disedari oleh seorang pembantu rumah kira-kira pukul 9 pagi sebelum beliau memanggil seorang anak Arifin.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak lelaki berumur antara 60 hingga 70 tahun serta 20 orang cucu dan Arifin merupakan anak ketiga.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 selepas solat Asar.

Sementara itu, Arifin berkata beliau mendapat tahu mengenai berita kematian ibunya sewaktu berada di Kota Baharu, Kelantan atas urusan rasmi sebelum bergegas pulang ke Putrajaya.

“Sebelum pergi ke Kota Baharu semalam dia berada dalam keadaan sihat sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya. – BERNAMA
Read More..

PRU13 Luar biasa bila lepasi tempoh 5 tahun

. Sabtu, 01 Maret 2014
0 komentar
Harakahdaily, 10 Mac 2013 

KUALA LUMPUR: Tempoh lima tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 8 Mac 2008 lalu, kini sudah genap malah sudah lebih dua hari jika dikira sehingga tarikh hari ini 10 Mac 2013.

Rata-rata rakyat mula bercakap tentangnya yang selama ini tidak sabar menantikan bilakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen untuk diadakan PRU13.

Bairpun perkiraan mudah itu tidak termaktub dalam perlembagaan, namun bagi mereka, kerajaan BN bermula tarikh 9 Mac 2013 iaitu semalam, sudah dianggap kerajaan sementara (caretaker) kerana pentadbirannya sudah melebihi mandat lima tahun yang diberikan oleh rakyat pada PRU12 lalu.

Penantian rakyat untuk PRU13 sejak lebih tiga tahun lalu ini terus membawa kepada satu persoalan baru, iaitu mampukah kerajaan yang BN yang dipimpin Najib pada hari ini mematuhi prinsip-prinsip­ umum kerajaan caretaker.

Antara perinsip umum tersebut termasuklah memisahkan Umno BN dari kerajaan, tidak boleh meluluskan projek mega dan tidak boleh membentuk dasar-dasar baru yang mengikat kerajaan yang dibentuk selepas PRU13.

Ini satu lagi faktor yang akan dinilai oleh rakyat terhadap tahap keadilan dalam proses berdepan pilihan raya seperti yang dituntut dalam beberapa himpunan Bersih sebelum ini.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan semalam berkata, Malaysia boleh mencipta sejarah dunia dan disenarai dalam Guinness Book of Records sebagai negara yang paling lama berada dalam keadaan teka-teki tarikh pilihan raya di mana kempen pilihan raya telah bermula sejak empat tahun dahulu lagi.

Malah, beliau juga telah menganggap Najib secara tidak rasminya bukan lagi perdana menteri yang sah bermula tarikh 9 Mac iaitu semalam.

"Apatah lagi Najib merupakan Perdana Menteri paling lama tanpa mandatnya sendiri iaitu hampir empat tahun," katanya yang turut melontar persoalan adakah Najib akan membubarkan parlimen pada tarikh 11 Mac 2013 iaitu esok jam 11.11 pagi.

Barang diingat, Najib menjadi perdana menteri hanya bermula 3 April 2009 iaitu bagi menggantikan Abdullah Badawi yang gagal memperoleh dua pertiga kerusi parlimen pada pilihan raya 2008 yang menyaksikan Tsunami politik dalam negara ini.

Dengan kata lain, jawatan perdana menteri yang disandang Najib sehingga hari ini, masih lagi atas mandat Pak Lah pada 2008 dan bukan mandat diri beliau sendiri.

Bagi Ketua Penggerak Pemantau PRU Kelantan, Mohammad Faizal Che Yusof pula, tempoh melebihi lima tahun ini satu yang luar biasa bagi negara ini.

Maka katanya, sangat wajar bagi kerajaan yang disifatkannya juga sebagai caretaker ini untuk menghormati konvensyen yang diterimapakai oleh kebanyakan Negara demokrasi dunia hari ini berhubung prinsip-prinsip­ umum kerajaan caretaker.

"Harus diingat, melepasi lima tahun mandate yang diberikan oleh rakyat adalah suatu keluar biasaan amalan di Malaysia.

"Meskipun Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan hal berkaitan kerajaan caretaker, sebagai sebuah negara yang mengamalkan system demokrasi pilihan raya, konvensyen yang mengiktiraf prinsip-prinsip kerajaan caretaker ini perlulah dihormati," katanya.
Read More..